http://www.norastylefashion.info/affiliates/jrox.php?id=33

Sunday 31 July 2011

Keistimewaan Wanita





1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab beliau, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahim nya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan bagi nya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapus kan dari nya 1000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatat kan bagi nya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahir kan anak, keluar lah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibu nya melahirkan nya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susu nya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anak nya yang sakit, maka Allah memberi nya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barang siapa yang menggembira kan anak perempuan nya, darjat nya seumpama orang yang sentiasa menangis karena takutkan Allah dan orang yang takut kan Allah, akan diharam kan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barang siapa membawa hadiah, (baik makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarga nya, maka pahala nya seperti bersedekah. Hendak lah mendahulu kan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyuka kan anak perempuan seolah-olah dia memerdeka kan anak Nabi
Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suami nya dalam urusan agama, maka Allah memasuk kan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suami nya (10,000 tahun).

10. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

11. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatan nya serta taat akan suami nya, masuk lah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapa kah yang lebih besar hak nya terhadap wanita? Jawab rasulullah, "Suami nya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibu nya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapa mu, maka jawab lah panggilan ibu mu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suami nya, semua ikan- ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar bagi nya selama mana dia taat kepada suami nya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suami nya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anak nya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang bagi nya dari api neraka.

Yeay!!! Ramadhan is back....



SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK...!!!!

Pejam celik, bulan puasa datang lagi... rase kejap je kan??? Hari ni sempat pergi Terawih.. Hopefully hari-hari yang seterusnya pun ada kesempatan untuk pergi lagi... So, dikesempatan ini, saya nak kongsi sedikit fadhilat bulan Ramadhan ni dengan para pembaca. Semoga ilmu yang sedikit ini dapat dikongsi dan disampaikan kepada saudara-saudara Islam yang lain... InsyaAllah...


Ramadhan adalah bulan umat Muhammad s.a.w. Bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud, "Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan. "Sabda baginda dalam hadis yang lain, "Jika umat manusia itu mengetahuk akan kelebihan yang ada di dalam bulan Ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu sebagai bulan Ramadhan."

(i) Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda.

(ii) Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardu.

(iii) Ramadhan dibagikan kepada tiga bahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebaan dari siksa api neraka.

(iv) Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawih, witir dan solat-solat sunat yang lain.

(v) Banyakkan berdoa, berzikir, selawat, membaca al Quran, bertaubat dan lain-lain amalan sunat.

(vi) Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan yang ditimpa kemalangan.

(vii) Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 hari terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam ‘Lailatul Qadar’ seperti beriktikaf di masjid dan sebagainya.

(viii) Menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan mendirikan qiamullail terutama pada 10 hari yang terakhir.

Tuesday 26 July 2011

Katil Maut







Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik..Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada satiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka Perkara ini sangat membingungkan para doktor... Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut...


Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya... beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenal pasti penyebab kepada kematian di katil tersebut yang mana pada ketika seorang pesakit lelaki muda sedang tidur... Beberapa doctor memegang Yassin dan Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus..


Masa berputar... pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9.00 am... tiba-tiba... ... Pintu bilik ICU itu terbuka... . Kemudian masuklah Makcik Bedah... Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat..Masuk... mendekati katil keramat tersebut... dan terus mencabut... soket elektrik untuk alat pernafasan bantuan agar dapat menghidupkan.. vacuum cleanernya...

Saya & Awak

Awak.. awak ingat tak masa dulu?
Masa mula-mula awak nak kenal dengan saya
Awak pura-pura salah hantar msg la konon
Dah la tu.. ade ke patot awak hantar mesej
"Happy Deepavali" kat saya
Kot iye pun nak pura-pura
bagi la mesej lain ke
Awak.. awak...


Masa tu saya tanya sapa awak?
Awak kata awak ni anak buah makcik saya
Saya pun layan je la
Tau dah awak nak ngorat saya.. hehehe..
Tapi sorry to say la awak
Mase tu saya dah ada buah hati pengarang jantung
Lagipun saya tak suka orang ngorat-ngorat gune msg je
tak macho & gentleman la bro.....


Bulan berganti bulan tahun berganti tahun
Pejam celik-pejam celik
Siap mimpi kawen dgn brad pitt lagi tu..
Alahai.. bestnye.. sayang hanya mimpi..
Dah 4 tahun saya becinta dengan awak
Saya pun tak tahu macam mana
Akhirnya saya dan awak jatuh cinta
Tapi mungkin tu lah takdirnya
Kalau saya dah ditetapkan untuk awak
Walau keliling dunia saya pergi
Akhirnya tetap akan balik ke sisi awak


Sekarang saya berdoa agar cinta awak
terhadap saya & cinta saya terhadap awak
Takkan pernah berubah
Walaupun kita terpisah oleh jarak & masa
Awak tetap dekat dihati saya tau..
Semoga suatu hari nanti saya akan menjadi
Yang halal untuk awak
Dan setiap hari saya berdoa agar
Hari tu dipercepatkan...
Saya akan tunggu awak sebab
Hanya AWAK mencintai SAYA
lebih dari saya mencintai diri saya sendiri
Dan takkan ada orang lain yang dapat mecintai saya
Seperti awak mencintai saya..
Terima Kasih.. Arigato.. Kamsamida..
My dear lovely KHAIRI SUHAIMI....


Saya & Awak yang berdating... hehehe.. (suke2..)

Analisis Kesuburan

Pada satu hari, seorang lelaki tua berumur 75 tahun telah berjumpa dengan seorang doktor untuk membuat analisis kesuburan dan jumlah kandungan sperma yang ada dalam air maninya. Kemudian doktor itu pun memberikan sebuah botol lalau berkata,

"Pakcik ambil botol nie, esok datang balik jumpa saya bersama dengan contoh air mani pakcik kat dalam botol nie ye."

Pada keesokan harinya, lelaki tua datang kembali bersama botol yang diberikan oleh doktor itu semalam. Tapi doktor tu tengok takde apa pun yang terisi kat dalam botol tu, kosong jer. Doktor tu bertanya ler kat orang tua tu, "Apsal pakcik tak isi contoh air mani pakcik dalam botol nie??".

Lelaki tua tu pun menjawab, "Tuan doktor, ceritanya begini, pada mulanya tu, saya guna tangan kanan saya, tapi tak dapat jugak. Kemudian saya gunakan plak tangan kiri, pun tak dapat jugak. Kemudian saya suruh isteri saya tolong. Isteri saya guna tangan kanan pun tak dapat, tangan kiri pun tak dapat. Kemudian isteri saya pakai mulut plak, tak dapat jugak. Pas tu dier gunakan gigi, pun tak dapat. Susah betul, sebab kami dah habis ikhtiar, saya panggil anak perempuan jiran sebelah rumah kami, dier pakai tangan dengan mulut jugak, pun tak dapat-dapat jugak", terang lelaki tua tu.

"APA??? Awak mintak tolong dari anak perempuan jiran awak..???", tanya doktor tu terkejut beruk. Lelaki tua tu pun menjawab lagi,

"Ya., betul tuan doktor, bagaimana kuatnya kami cuba, tapi masih jugak tak dapat nak bukak TUTUP BOTOL nie!!!"...

Sunday 24 July 2011

Petua Mengubat Hati Yang Resah

Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:

 


·    Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.

·    Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.

·    Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya

·    Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya

·    Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati

Petua Menghilangkan Perut Buncit




(1) Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut sahaja, amalkan setiap malam.


(2) Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil. Mengelak perut buncit Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.