http://www.norastylefashion.info/affiliates/jrox.php?id=33

Loves

Bidadari Syurgaku


Oh Tuhan, 
Jika benar dialah Bidadari Syurgaku
Izinkan aku menjadi miliknya
Izinkan aku menyunting cintanya
Sebagai hiasan mahligai syurgaku


Oh Tuhan,
Seandainya telah kau takdirkan
Dialah Bidadari Syurgaku
Restuilah niat suci hati ini
Untuk menyuntingnya sebagai Isteri
Isteri Solehah penyejuk hati
Penawar duka dan sepi
Isteri yang menjadi Bidadari




Jika Aku Cinta


Jika aku jatuh cinta
Cintakan lah aku kepadaNYA
Cintakan aku pada KebesaranNYA
Cintakan aku pada RasulNYA
Dan cintakan lah aku kepada
Insan yang jua mempunyai cinta yg sama
Seperti Cinta Antara Makhluk dan TuhanNYA




Cinta dan Rindu




Cinta itu indah jika
Cinta itu dibenihkan dengan keimanan
Cinta itu dibaja dengan ketakwaan
Cinta itu disiram dengan keikhlasan

Rindu itu menawan jika
Rindu itu dibersihkan dari nafsu menggila
Rindu itu dibilas dengan iman di dada
Rindu itu disimpan sehingga tiba saat halalnya

Cinta dan rindu saling bergandingan
Bagai ombak dan pantai tak dapat dipisahkan
Namun cinta dan rindu pada landasan yang benar
Lebih indah dan menawan bagi setiap insan 






Doa Seorang Kekasih


Oh Tuhan, seandainya telah kau catatkan
Dia milikku tercipta hanya untukku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan
Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu